Yoong Gin Way

Naib Presiden
Kewangan & Pentadbiran

Yoong Gin Way ialah Naib Presiden – Kewangan & Pentadbiran MEASAT. Dalam peranan ini, beliau menyelia Jabatan Kewangan dan Pentadbiran MEASAT.

Gin Way mempunyai lebih 25 tahun pengalaman dalam perakaunan, kewangan, percukaian, perbendaharaan dan pengurusan risiko. Sebelum menyertai MEASAT, beliau merupakan Finance Business Partner (Aerospace Division, Asia) di Senior plc, UK. Beliau juga pernah memegang jawatan kanan kewangan di syarikat tersenarai seperti LB Aluminium Berhad dan Guocoland (Malaysia) Berhad.

Gin Way memiliki Ijazah Sarjana Muda Perniagaan dari RMIT University, Australia. Beliau ialah ahli Malaysian Institute of Accountants dan CPA Australia.