DATA

Perkhidmatan Terurus

Sambungan Tanpa Masalah,
Diurus Secara Profesional.

Perkhidmatan Terurus MEASAT menyediakan sambungan satelit yang lancar mengikut keperluan perniagaan anda yang sentiasa berkembang. Dengan pendekatan diurus sepenuhnya, kami mengendalikan reka bentuk rangkaian, pelaksanaan, pemantauan dan sokongan 24/7 bagi memastikan komunikasi yang boleh dipercayai. Perkhidmatan ini membolehkan pelanggan memberi tumpuan kepada operasi teras mereka sambil memanfaatkan liputan satelit MEASAT yang luas, infrastruktur yang kukuh serta sokongan teknikal pakar.

Penyelesaian Satelit Menyeluruh Untuk Setiap Keperluan

MEASAT menyediakan perkhidmatan satelit yang boleh dipercayai, boleh diskala dan fleksibel dengan sokongan 24/7 untuk pelbagai industri.

VSAT Terurus

Sambungan Satelit Selamat dan Berprestasi Tinggi

Penyelesaian VSAT Terurus MEASAT menawarkan sambungan satelit yang selamat dan berprestasi tinggi untuk perusahaan, agensi kerajaan serta operasi di kawasan terpencil. Kami menyediakan jalur lebar yang boleh diskala, pemantauan proaktif dan sokongan 24/7 melalui perkhidmatan rangkaian yang diurus sepenuhnya, memastikan komunikasi tanpa gangguan merentas pelbagai lokasi.

Pengurusan Jarak Jauh

Nationwide, End-To-End Deployment, Support & Maintenance

Perkhidmatan Pengurusan Jarak Jauh MEASAT menyediakan sokongan menyeluruh di seluruh Malaysia, termasuk perkhidmatan Pemasangan, Pengujian dan Pentauliahan (ITC) untuk lokasi luar pesisir dan darat. Rangkaian sokongan kami di seluruh negara memastikan bantuan di lokasi yang pantas, serta pengedaran dan penyimpanan (warehousing) bagi mempercepatkan pemulihan perkhidmatan. MEASAT juga mengurus proses pembaikan dan pemulangan sebagai satu titik hubungan (single point of contact) untuk pengurusan perkhidmatan yang lancar.

Penyelesaian Multi-Orbit

Sambungan Satelit GEO & LEO Yang Lancar

Pendekatan hibrid ini memastikan prestasi optimum, daya tahan dan fleksibiliti untuk pelbagai aplikasi industri, termasuk sektor maritim, minyak dan gas serta jalur lebar luar bandar.

Co-Location

Hos Selamat & Uplink Satelit dengan Sokongan 24/7

Perkhidmatan Co-Location MEASAT menyediakan persekitaran hos yang selamat dan dibina khusus untuk pengendali satelit serta penyedia perkhidmatan. Terletak di Pusat Teleport dan Penyiaran MEASAT (MTBC), sebuah tapak Sasaran Penting yang disenaraikan dalam 20 pengendali teratas dunia oleh World Teleport Association, kemudahan ini menawarkan keluasan 1,100 meter persegi dengan bekalan kuasa dwi, sistem UPS dan penjana sandaran bagi memastikan operasi tanpa gangguan. Pelanggan boleh memasang peralatan mereka dengan selamat dan mengakses perkhidmatan satelit secara terus melalui antena MEASAT di lokasi untuk sambungan uplink dan downlink yang lancar. Disokong oleh sokongan teknikal 24/7, perkhidmatan Co-Location MEASAT direka untuk menyokong infrastruktur kritikal misi dengan tahap kebolehpercayaan maksimum.