Countries Covered
0
Subscribers in DTH platforms
0 M+
Global Teleports
Top 0
Remote Malaysians Connected
0 K+

Menerajui Teknologi Angkasa Dari Malaysia

Sebagai pengendali satelit nasional Malaysia, MEASAT menyampaikan ketersambungan berkelajuan tinggi dan selamat di seluruh rantau Asia Pasifik. Berbekalkan pengalaman lebih 30 tahun dan tenaga kerja mahir tempatan yang telah mengendalikan 8 buah satelit, kami menyokong perkhidmatan penyiaran, ketersambungan perusahaan, jalur lebar luar bandar dan perkhidmatan pemulihan bencana. Platform kami telah menghubungkan lebih 500,000 rakyat Malaysia di kawasan terpencil kepada komunikasi penting, platform digital dan perkhidmatan penjagaan kesihatan, di samping mencapai lebih 20 juta penonton Direct-to-Home (DTH) di rantau ini. MEASAT turut berperanan sebagai tulang belakang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang penting untuk agensi-agensi sektor awam termasuk pertahanan, serta pelanggan perusahaan di Malaysia

Legasi Teknologi Angkasa Malaysia

Inovasi melangkaui lebih 30 tahun, yang diperkasakan oleh bakat tempatan dan komitmen nasional terhadap keterangkuman digital, meletakkan MEASAT sebagai peneraju penyedia teknologi angkasa.

Liputan Luas Merentas Asia Pasifik

Liputan satelit kukuh yang meliputi 100+ negara, menyampaikan ketersambungan berprestasi tinggi yang konsisten, memastikan ketersambungan yang boleh dipercayai di pelbagai pasaran.

Teknologi Terkini Untuk Semua Sektor

Kejuruteraan bertaraf angkasa dan infrastruktur berkeselamatan tinggi yang menyokong perniagaan, komuniti serta agensi agensi sektor awam termasuk pertahanan, pembangunan luar bandar dan tindak balas kecemasan.

Perkhidmatan Kami

MEASAT menyediakan ketersambungan data berkelajuan tinggi, teknologi pengedaran video terkini, khidmat perundingan teknologi angkasa yang khusus, serta sokongan yang dikhaskanpenuh dedikasi bagi membolehkan komunikasi yang lancar dan memacu transformasi digital merentasi rantau ini

Merapatkan jurang digital dengan jalur lebar berkelajuan tinggi yang boleh dipercayai. Membawa ketersambungan ke kawasan paling terpencil di Malaysia menerusi teknologi satelit dan hibrid terkini.

Berita

Dapatkan berita terkini daripada MEASAT.

Events

Bengaluru Space Expo (BSX 2026)

7-9 September 2026

Bangalore International Exhibition Centre, India

Events

International Search & Rescue Exhibition & Conference (ISAR 2026)

Press Release

MEASAT Expands Nepal Coverage with Launch of Angel TV Namaskar

Articles

Loke : MEASAT building up multi-orbit strategy & AI-powered infrastructure