Di MEASAT, kami berada di barisan hadapan teknologi angkasa, memacu kemajuan dan merapatkan jurang digital melalui penyelesaian satelit berteknologi tinggi. Sebagai penyedia spacetech terkemuka Malaysia, kami membentuk masa depan kesalinghubungan di peringkat global. Dipandu oleh nilai teras ORBIT, kami memupuk persekitaran di mana inovasi berkembang dan setiap ahli pasukan menyumbang kepada projek berimpak tinggi. Sama ada anda seorang profesional berpengalaman atau baru memulakan kerjaya, MEASAT menawarkan platform dinamik untuk berkembang, memimpin dan bersama-sama merevolusikan teknologi angkasa untuk Malaysia — menjadikan MEASAT sebuah Tempat Kerja Terbaik!
Peluang
Untuk pembelajaran dan pertumbuhan
Hormat
Layan orang lain seperti anda mahu dilayan
Keseimbangan
Utamakan kerja dan kehidupan
Integriti
Menepati janji dan mempraktikkan apa yang dikatakan
Keprihatinan
Prihatin terhadap komuniti, kepelbagaian, alam sekitar dan aset
Merapatkan jurang digital dan membawa kesalinghubungan kepada mereka yang paling memerlukannya
Majukan kerjaya anda melalui pembelajaran, pementoran dan keseimbangan kerja-hidup
Menerajui teknologi satelit sambil mengekalkan kepercayaan dan kecemerlangan
Berjaya melalui kerja berpasukan, kepelbagaian dan matlamat bersama
At MEASAT, we are at the forefront of spacetech – transforming connectivity, empowering communities, and advancing satellite communications to new heights. Join us in shaping the future of satellite and space solutions. By pushing boundaries and embracing curiosity, you’ll be part of a team driving innovation to connect the unconnected and bridge the digital divide. If you are ready to make an impact with cutting-edge technology, MEASAT offers the opportunity to shape the future of space connectivity. Let’s achieve great things together!
Ketahui bagaimana nilai ORBIT membentuk persekitaran kerja kami sebagai tempat terbaik untuk bekerja, berkembang dan berinovasi
“Di MEASAT, saya berpeluang membentuk kisah yang menghubungkan rakyat dengan kemajuan teknologi negara. Di sinilah idea kompleks diterjemah menjadi cerita yang bermakna — di mana strategi, empati dan kreativiti bersatu. Setiap mesej membawa tujuan, kerana setiap tanggapan pertama itu penting. Inilah tempat kerjaya impian saya benar-benar bermula.”
“Sejak menyertai MEASAT, saya merasakan bahawa suara dan idea saya benar-benar dihargai. Di sini, kami bukan sekadar bekerja — kami bekerjasama, berfikir ke hadapan dan mencipta penyelesaian yang bermakna. Setiap orang memainkan peranan penting dalam menggerakkan syarikat ke hadapan, dan inilah yang membuatkan saya sentiasa terdorong untuk memberikan yang terbaik setiap hari.”
“Bekerja di MEASAT adalah satu pengalaman yang benar-benar berharga. Kami menyediakan rangkaian satelit kepada komuniti luar bandar, yang secara langsung dapat membuka akses kepada penjagaan kesihatan, pendidikan dan peluang ekonomi. Ini adalah kerjaya yang mengubah kehidupan. Budaya yang saling menghormati membuatkannya istimewa. Kami datang daripada pelbagai latar belakang, tetapi dapat bekerjasama dengan Bersatu dalam tujuan yang sama. Dengan diinspirasi dengan bekerja bersama bakat muda yang bersemangat untuk meneroka idea baharu sangat dan memimpin. MEASAT bukan sekadar tempat bekerja — ia adalah tempat untuk berkembang, berhubung dan mencipta impak yang sebenar.”
“Dalam tempoh singkat saya bersama MEASAT, saya benar-benar kagum dengan komitmen mereka terhadap kecemerlangan dan inovasi. MEASAT memupuk persekitaran yang menyokong dan kolaboratif, di mana setiap individu bersemangat untuk berkongsi ilmu dan saling membantu. Dedikasi MEASAT terhadap kecemerlangan dan inovasi telah meningkatkan pengalaman kerja kami dengan ketara. Saya menantikan kejayaan berterusan yang akan kita capai bersama.”
“Menjadi sebahagian daripada MEASAT benar-benar memberi makna kepada kerjaya saya. Di sini, peluang untuk belajar dan berkembang tidak pernah terhad. Persekitaran kerja yang kolaboratif menggalakkan perkembangan yang menyeluruh untuk seperti saya berkembang sebagai seorang profesional muda, dan setiap cabaran yang kami hadapi bersama pasukan menjadikan perjalanan ini lebih bermakna.”
Di MEASAT, saya berbangga menjadi sebahagian daripada pasukan yang memastikan dunia sentiasa terhubung. Setiap hari, saya bekerjasama dengan rakan sekerja yang bersemangat untuk membina rangkaian yang boleh dipercayai dan menyelesaikan cabaran bersama. Setiap cabaran adalah peluang untuk berkembang, berinovasi dan mengukuhkan peranan MEASAT dalam menyediakan perkhidmatan komunikasi satelit yang boleh dipercayai.”
Di MEASAT, kami percaya bahawa kemajuan teknologi angkasa bermula dengan individu yang bersemangat dan berfikiran ke hadapan. Jika anda terdorong untuk membuat perbezaan, kami mengalu-alukan anda untuk menghantar resume. Walaupun mungkin tiada kekosongan serta-merta, kami akan meneliti maklumat anda dan menghubungi sekiranya terdapat peluang yang sesuai. Untuk jawatan kosong semasa, sila rujuk tab Kekosongan.
At MEASAT, we believe that advancing spacetech begins with passionate, forward-thinking individuals. If you are driven to make a difference, we welcome you to submit your resume. While there may not always be immediate openings, we will review your details and reach out if a suitable opportunity arises. For current vacancies, please refer to the Vacancies tab