PERKHIDMATAN
MEASAT menyediakan pelbagai penyelesaian ketersambungan, daripada jalur lebar pengguna berkelajuan tinggi sehingga kepada penyelesaian misi kritikal backhaul yang dipercayai
Penyelesaian satelit terkini MEASAT memastikan perkhidmatan jalur lebar dan penyiaran yang boleh dipercayai, walaupun di lokasi yang amat terpencil
Dengan kemudahan teleport berteknologi terkini serta infrastruktur satelit yang berdaya tahan, MEASAT menyediakan komunikasi berkualiti tinggi yang selamat dan beroperasi secara berterusan tanpa gangguan
Daripada agensi kerajaan hingga ke perusahaan, MEASAT menawarkan perkhidmatan satelit yang fleksibel dan boleh diubahsuai mengikut keperluan pelbagai sektor industri
MEASAT komited dalam menyampaikan penyelesaian ketersambungan penting yang dikhususkanas untuk seluruh rakyat Malaysia. Kami memastikan liputan yang boleh dipercayai dan meluas di seluruh negara bagi menyokong keperluan perniagaan, komuniti dan kerajaan.
MEASAT menawarkan perkhidmatan pajakan transponder satelit yang fleksibel bagi memenuhi pelbagai keperluan pelanggan, termasuk:
Menawarkan kedua-dua pilihan sepenuh masa dan tersuai dari armada satelit kami dan pilihan boleh diubahsuai untuk kegunaan sementara atau untuk pemulihan bencana, dengan terma yang berkaitan
Tepat untuk penyiar yang memerlukan notis singkat atau kapasiti satelit berjadual untuk siaran langsung, misalnya sukan atau liputan berita. Proses tempahan adalah mudah dan boleh dibuat secara dalam talian.