Teh Chin Eng

Naib Presiden Bersekutu
Pembangunan Perniagaan & Pengurusan Spektrum

Teh Chin Eng ialah Naib Presiden Bersekutu – Pembangunan Perniagaan & Pengurusan Spektrum MEASAT. Dalam peranan ini, beliau bertanggungjawab mengenal pasti dan membangunkan peluang pertumbuhan perniagaan, di samping menyelia inisiatif pengurusan spektrum syarikat.

Chin Eng mempunyai lebih daripada 25 tahun pengalaman dalam industri satelit dan penyiaran, termasuk penglibatan dalam penubuhan sebuah syarikat permulaan (start-up) bagi perkhidmatan penyiaran bersepadu dan OTT. Beliau diiktiraf sebagai pakar dalam pengurusan spektrum serta pemfailan slot orbit dengan International Telecommunication Union (ITU).

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) daripada University of the West of England, Bristol, UK, serta Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik daripada University of Adelaide, Australia.