Tan Lian Kim

Penasihat Undang-Undang

Tan Lian Kim ialah Penasihat Undang-Undang MEASAT. Dalam peranan ini, beliau menyelia Jabatan Perundangan dan Kawal Selia (Legal and Regulatory) syarikat.

Kim mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam bidang undang-undang. Sebelum menyertai MEASAT, beliau beramal sebagai peguam di firma Tetuan Skrine.

Kim mempunyai Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) daripada University of London dan diterima masuk ke dalam Badan Peguam Malaysia pada tahun 1997.