Naib Presiden Bersekutu
Kewangan
Mercy In ialah Naib Presiden Bersekutu – Kewangan MEASAT. Dalam peranan ini, beliau menyelia dan mengurus Jabatan Kewangan MEASAT.
Mercy mempunyai lebih 25 tahun pengalaman dalam pelbagai fungsi kewangan dalam industri pembuatan dan perkhidmatan termasuk perakaunan kewangan dan kos, audit dan pelaporan berkanun, percukaian dan harga pindahan (transfer pricing), perancangan bajet dan ramalan, perancangan kewangan serta analisis.
Mercy merupakan graduan Universiti Kebangsaan Malaysia dengan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dan ialah Akauntan Bertauliah di bawah Malaysian Institute of Accountants