Jeevan Rao Subramaniam

Naib Presiden Bersekutu
Kejuruteraan & Operasi Rangkaian

Jeevan Rao Subramaniam ialah Naib Presiden Bersekutu – Kejuruteraan & Operasi Rangkaian MEASAT. Dalam peranan ini, beliau menyelia jabatan Network Management Centre, Operasi Rangkaian dan Kejuruteraan Rangkaian syarikat.

Jeevan mempunyai hampir 25 tahun pengalaman dalam komunikasi satelit, penyiaran dan industri telekomunikasi, dengan pengalaman dalam segmen angkasa dan darat; penyiaran video dan DTH; rangkaian VSAT serta backhaul selular.

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam Kejuruteraan Elektrik (Mekatronik) dari Universiti Teknologi Malaysia dan Ijazah Sarjana Sains dalam Kejuruteraan Komunikasi & Rangkaian dari Universiti Putra Malaysia.